Sunday, April 10, 2011

SUP AYAM TOMATO PEDAS

BAHAN

1 ekor ayam (potong 16) 
10 ulas bawang merah (hiris & goreng) 
Daun sup (hiris) 
3 sudu besar tomato puree 
1 paket Rempah sup bunjut Adabi 
3 batang serai dititik 
2 kiub ayam Knorr 
1 mangkuk cendawan butang (belah dua) 
Sebatang carrot (hiris memanjang - 2 cm) 
Satu mangkuk bunga kobis 
Air secukupnya (cukup untuk menenggelamkan ayam & sayuran sahaja) 
Garam 

Bahan dikisar halus: 
15 ulas bawang merah 
6 ulas bawang putih 
3 cm (panjang) halia 
2 sudu besar lada putih 
6 tangkai cili padi




CARA MEMBUAT


Tumis bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan air, bunjut sup, serai, tomato puree dan kiub ayam. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan ayam. Apabila ayam masak, masukkan carrot. Biarkan 2 minit, masukkan cendawan dan bunga kobis. Masak selama 2-3 minit. Angkat. Apabila menghidang, taburkan bawang goreng dan daun sup. 

SUP AYAM MASAK TEMPOYAK

BAHAN

Ayam dipotong mengikut kesesuian 
Tempoyak (ikut selera) 
Air Kosong (semangkuk) 
Cili Padi (Ditumbuk) 
Bawang Putih (2 biji - ditumbuk)
Bawang Merah (2 biji - ditumbuk)
Serai - 2 Batang -ditumbuk
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa



CARA MEMBUAT


(1) Masukkan ayam dalam periuk tanpa menggunakan minyak dan biar sehingga mengeluarkan air.
(2) Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam periuk.
(3) Goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk dan masukkan ke dalam ayam tadi.
(4) Tunggu sehingga air mendidih dan masukkan tempoyak.
(5) Masukkan garam dan ajinomoto.
(6) Tunggu sehingga ayam masak dan sedia untuk dihidangkan. 


DADIH SEGAR

BAHAN

1,000 ml susu kurang lemak
2 camca besar dadih
5 camca besar gula pasir


CARA MEMBUAT


Masukkan susu kurang lemak ke dalam periuk kecil. Masak di atas api sederhana sehingga ia mendidih. Ketepikan dan biar ia suam.

Masukkan dadih, kacau sehingga ia sebati. Biar ia pada suhu bilik, beberapa jam sehingga terbentuk dadih.

Kemudian masukkan gula pasir. Kacau sehingga ia rata. Dadih boleh ditambah buah-buahan pilihan supaya ia lebih enak dan berkhasiat.

CENDOL

BAHAN

1 santan (dari 1 ½ biji kelapa) 
sedikit garam


Bahan Cendol 20 helai daun pandan } dikisar 500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau
1 camB. tepung beras
430 ml air

Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)





CARA MEMBUAT


1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula

AIR PESTA

BAHAN

BAHAN A 
1 botol besar air vanilla coke 
1 botol besar air strawberry f&n(gas)


BAHAN B
4 biji epal hijau/merah(dipotong dadu kecil)
1 biji lemon(dipotong hiris)
ais yang secukupnya



CARA MEMBUAT


1.campurkan bahan A dgn bahan B
2.masukkan epal yang didadu kecil
3.masukkan hirisan lemon
4.masukkan ais.biarkan sejuk
5.hidangkan

AIR ICE CREAM SODA BANDUNG

BAHAN

1 botol - ice-cream soda 
1 tin - susu cair/pekat 
1 sudu besar air sirap 
3 sudu teh gula 
sedikit air suam




CARA MEMBUAT


campurkan 1 tin susu cair/pekat bersama
1 sudu besar sirap dgn air suam dan kacau sehingga sebati.
tuangkan 1 botol ice-cream soda ke dlm campuran tadi.sekiranya nak sejuk tambahkan ice-kiub

AIR KELAPA LIMAU

BAHAN

1-2 biji kelapa muda (ambil air dan isinya) 
air gula yang dimasak dengan daun pandan. 
2 biji limau nipis.(bergantung kepada air kelapa). 
ais secukupnya.


CARA MEMBUAT


campurkan kesemua bahan kecuali ais.
campurkan ais ketika hendak minum.
selamat mencuba.

AIR BUAH CAMPUR

BAHAN

Buah Nenas 
Buah Tembikai 
Buah Limau Mandrin 
Buah Lai
Gula(ikut citarasa)
Air



CARA MEMBUAT


Ambilkan blender.Masukkan buah-buahan yang tertera di atas(ikut citarasa)Kemudian,masukkan gula(ikut citarasa)
Selepas itu, masukkan air. 

AIR BANDUNG CINCAU

BAHAN

Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau



CARA MEMBUAT


bancuh sirap dalam air yg dah di masak.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau xnak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap bandung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau...

AIR ASAM BOY

BAHAN

3 sudu kecil serbuk asam boi 
3 sudu kecil gula 
1 biji limau nipis 
1 gelas air suam 
Ais batu


CARA MEMBUAT


Masukkan suku gelas air panas ke dalam gelas. Tambahkan serbuk asam boi dan gula. Setelah sebati, masukkan air hingga tiga suku gelas. Perah limau nipis. Kacau sebati dan masukkan ais batu.