Sunday, January 30, 2011

KUEH OTOKON


Bahan-bahan:
Beras biasa (yang ditumbuk hingga menjadi tepung)
Gula
Air
 
Cara membuatnya:
Tepung dicampur dengan gula kemudian dibancuh
dengan air. Gaulkan sehingga sebati atau
sehingga tidak berketul. Goreng dan hidangkan

Bahan-bahan
Tepung beras, Tepung jagung Gula, Air ,
Minyak Masak. (bahan digaul dengan sebati)
 
Peralatan untuk memasak:
1. Kuali kecil
2. Sugin
3. Acuan diperbuat dari tempurung
4. Nyiru
5. Daun pisang
 
Cara membuatnya:
Tepung beras, tepung biasa dan gula diadun
(diuli) dengan air sehingga sebati (jangan terlalu cair).
 Perap bahan itu selama 2 jam. Panaskan minyak
di kuali dan tuangkan adunan menggunakan
acuan supaya sukatan atau saiz sama rata,
bila sudah masak, angkat/cucuk menggunakan sugin

NASI LARU/TAPAI MANIS


Bahan-bahan:
 1. 1 gantang beras.
2. 10 biji ragi manis
3. Daun kembung / kalas/irik
4. Air secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
Beras dimasak kemudian disejukkan.
Tumbuk ragi dan gaulkan dengan nasi hingga sebati.
Biarkan semalaman. Hidangkan

Saturday, January 29, 2011

MUSHROOM SOUP

BAHAN

2 sudu butter
Cendawan dipotong
Tepung gandum 2 sudu besar
Air kosong satu teko
Whisker

Garam
Gula
Susu segar 4/5 gelas
Black pepper
(kuantiti mengikut citarasa)


CARA MEMASAK

masuk butter kedalam kuali, kacau sampai cair. Langkah kedua, masukkan cendawan dan kacau sehingga mushroom itu layu. Langkah katiga, masuk tepung gandum kacau hingga kering.Langkah keempat, tuang air dan kacau menggunakan whisker. Garam dan gula secukup rasa. tuang fresh milk dan kacau. Biar menggelegak. selepas itu masuk black pepper. kacau sehingga pekat

LAMB CHOP

 BAHAN MEMERAP DAGING
10 keping daging kambing(slices )
setongkol halia <> 10 cm(ditumbuk halus)
3 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis
selabu bawang putih(ditumbuk halus)
3 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN SOS(BLACK PEPPER)

1 Liter susu segar
2 sudu besar tepung jagung( utk pekatkan kuah)
3 sudu besar Lada hitam (ditumbuk halus)
3 sudu besar tomato sos atau cuka (1 sudu kecil)
Kicap manis
Butter( 2 sudu besar)
Kiub daging lembu ( 2 ketul)

CARA MEMASAK

DAGING YANG DIPERAP
1.)Gaulkan kesemua bahan diatas dan perap selama 2 jam.
2.) Untuk memasang, gunakan sedikit minyak atau kuali non stick .
3.)Masak sehingga daging empuk.Jgn teerllau lama , kerana jika overcook , daging akan keras.

SOS
1.) Panaskan butter. Setelah cair masukkan semua bahan yang lain dan tunggu sehingga mendidih.Setelah mendidih, angkat dan sedia utk digunakan. (SUKATAN SOS DI ATAS SESUAI UNTUK 20KEPING DAGING)


LOBSTER TROPICANA

BAHAN

700 gm lobster
50 gm cendawan shikate
30 gm bawang (dipotong kiub)
10 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato puri
100 gm krim
15 ml pernod
1 gm kunyit

50 gm glace ikan
30 gm brokoli
3 batang lobak merah
2 batang kacang buncis
1 biji cendawan shikate
2 keping papadum
25 ml mentega
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK

Bersihkan lobster dan buangkan kulitnya. Potongkan dagingnya kepada bentuk kiub dan gaulkan dengan garam dan lada hitam.
Panaskan mentega dan masukkan bawang, bawang putih, cendawan dan daging lobster dalam jangka masa seminit.
Masukkan pernod utuk seketika dan diikuti dengan kunyit, fish glace dan tomato puri. Kemudian masukkan krim untuk menambah perasa dan diasingkan.
Panaskan mentega dan masukkan brokoli, kacang buncis, lobak, cendawan dan campurkan dengan garam dan perasa lada hitam secukupnya.
Goreng papadum, begitu juga dengan cengkerang lobster.
Letakkan cengkerang lobster di dalam pinggan dalam posisi yang ddikehendaki dan letakkan bahan-bahan yang dipanaskan tadi disisinya.
Hiasi dengan fresh dill mengikut citarasa masing-masing.

HERB TOAST

BAHAN

Fench bread-sliced
Extra-virgin olive oil

Garlic
Rosemary
Oregano
Black pepper
A pinch of salt
*Mashed & marinate with extra-virgin olive oil.


CARA MEMASAK

Panaskan oven.(Set to broil)
Covered cookie-sheet dengan aluminum foil.(So you can skip the cleaning!)
Ambil bahan2 yg telah ditumbuk/kisar/mashed and marinated in X-tra Virgin Olive Oil tadi dan sapukan pada setiap kepingan french bread yg telah dipotong.
Toast/broil for about 5-6 minutes.

IKAN GRILL

BAHAN

2-4 ketul isi ikan
halia muda(ditumbuk, ambil airnya,simpan hampasnya)
lemon separuh
paprika
lada hitam halus
daun parsley
sedikit marjerin
sedikit garam halus


CARA MEMASAK

Perap ikan dengan air halia, lemon, garam, paprika,lada hitam halus dan sedikit daun parsley selama 30-45 minit,sapukan sedikit marjerin dan letakkan sedikit hampas halia yang telah ditumbuk keatas isi ikan tadi, kemudian grilkan selama 20-30 minit api sederhana.Taburkan sedikit daun parsley. Sedia dihidangkan.

FILLET IKAN MAYONIS

BAHAN

5 keping isi ikan sebelah atau ikan merah
½ sudu kecil rosemary kering
½ sudu kecil lada hitam
2 cm halia ditumbuk halus
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
½ biji limau nipis ambil jusnya


BAHAN SOS

Bahan-bahan sos:
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar cili sos
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar air suam


CARA MEMASAK

Gaul ikan dengan kesemua bahan di atas kecuali rosemary. Aturkan ikan di atas pinggan leper (khas mikrowave) kemudian barulah ditaburkan serbuk rosemary tadi. Masak dengan 'HIGH' selama 4 minit. Keluarkan dan curahkan sos di atasnya.

Cara membuat sos:
Campurkan kesemua bahan sos dan kacau rata. Curahkan di atas kepingan ikan.

DHAL CURRY PAKISTAN

BAHAN A

1 cawan kacang dhal kuning - dorebus hingga kembang,
4 biji ubi kentang dipotong dadu - di masukkan ke dalam dhal yang separuh kembang hingga empok,
1 biji karot dipotong dadu,dan
1 sudu besar serbuk cili, dan
1 sudu kecil serbuk jintan manis, dan
½ sudu kecil kunyit,
1 sudu besar garam (seikut rasa.


BAHAN B

bahan tomes hingga garing (gold brown)
7 ulas bawang puteh di cincang halus,
3 inci halia dicincang halus,
1 ulas besar bawang besar di potong dadu digoreng hingga sederhana dan dimasukkan kemudian,
1 sudu besar jintan manis
2 kuntum bunga lawang
1 inic kulit kayu manis
dan diteruskan goreng hingga bawang kekuningan.


CARA MEMASAK

bahan-bahan A direbus hingga empok kemudian dimasukkan bahan yang digoreng tadi dan masak lagi selama 5 minit untuk memesrakan semua bahan. sekian

CALZON

BAHAN

130 gm doh pizza
300 ml sos tomato
100 gm daging ayam belanda (yang disalai)
25 gm lada sayur hijau

25 gm lada sayur merah
25 gm lada sayur kuning
20 gm cendawan
100 gm keju mozarella


CARA MEMASAK

Canai adunan sehingga 10 inci lebar dan sapukan sos tomato di atas.
Letakkan semua bahan ramuan, diikuti dengan keju Mozarella, ditengah-tengah adunan.
Lipat adunan di tengah dan lipat tepi, kemudian lengkungkan seperti bentuk bulan.
Bakar di dalam ketuhar pizza sehingga keju menjadi cair dan menjadi ranggup.
Pizza yang masak sepatutnya berwarna kuning dan kembang.

BARBEKU DAGING AYAM

BAHAN

100 gm isi ayam atau bahagian paha
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah


CARA MEMASAK

Bersihkan ayam dan gaul dengan kesemua rempah. Biar setengah jam dan panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

BIHUN GORENG TAUCHU

BAHAN A

SEBUNGKUS BIHUN (DIRENDAM HINGGA LEMBUT)
250 GM DAGING KISAR
TAUCU (IKUR SUKA KALAU NAK JENIS MANIS ATAU MASIN)
3 SUDU SOS TOMATO
SESUDU SOS CHILI
SEDIKT GARAM
SEDIKIT GULA

BAHAN B (BAHAN-BAHAN INI DIKISAR)

SEBIJI BAWANG MERAH
2 BIJI BAWANG PUTIH
150 GM UDANG KERING


BAHAN C

SEIKAT SAYUR SAWI
4 KEPING TAUHU (DIPOTONG KECIL DAN DIGORENG SEPARUH GARING)
10 BIJI FISH BALL (DIBELAH DUA DAN DIGORENG GARING)
FISH CAKE (DIHIRIS HALUS DAN DIGORENG GARING


CARA MEMASAK

PANASKAN SEDIKIT MINYAK SETERUSNYA TUMISKAN BAHAN-BAHAN KISAR HINGGA TERBIT MINYAK DAN NAIK BAU. SETELAH ITU MASUKKAN DAGING KISAR, SOS CHILI DAN SOS TOMATO DAN TAUCU. BUBUH SEDIKIT GULA DAN GARAM. KACAU RATA-RATA DALAM 5-7 MINIT. SELEPAS ITU MASUK BIHUN DAN SAYUR SAWI..PASTIKAN SEMUA BAHAN TELAH SEBATI.DAN AKHIR SEKALI MASUKKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN YANG TELAH DIGORENG (FISH BALL, FISH CAKE & TAUHU)..GAUL RATA SEHINGGA MASAK DAN SEBATI KESEMUANYA. TUTUP API DAN SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

CHICKEN MUSHROOM CREAM SOUP

BAHAN

4-5 ketul ayam
7-8 cawan air
3 cawan full cream milk
2 tin button mushroom
tepung jagung
garam



CARA MEMASAK

Rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat.
Setelah mendidih, masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2.
Masukkan juga susu.
Perasakan dengan garam.
Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai.

SOTO BANJAR PUTRI

BAHAN

Bahan giling:
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar
jintan manis
jintan putih
buah pala
lada putih

bahan-bahan rempah
ayam (direbus)
lobak
kentang
daunsup
begedil
suhun
telur(direbus)
tauge (dicelur)
nasi himpit
garam
gula



CARA MEMASAK

ayam direbus dan toskan - dicarik-carik dan asingkan isi dengan tulang.
masukkan bahan-bahan digiling kedalam air rebusan ayam beserta rempah - rempah.
Rebus selama 40 minit.
tambahkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan lobak dan kentang dan reneh selama beberapa minit.


CARA HIDANGAN

Hidangkan bersama suhun yang telah dicelur, begedil nasi himpit, taugeh dan daun sup serta bawang goreng.

Wednesday, January 26, 2011

BEBOLA KENTANG

BAHAN

2 biji kentang(dibuang kulitnya dan ditumbuk)
1 biji bawang besar(dihiris)
30g tepung
1 sudu makan susu cair

½ biji telur(dikocok)
secubit garam
lada hitam(pepper)
3 sudu makan minyak


CARA MEMBUAT

Campurkan kentang,bawang,tepung,telur, susu,garam dan lada hitam di dalam mangkuk.Panaskan minyak.Letak satu sudu campuran tadi ke dalam minyak panas(seperti menggoreng jemput2).Goreng sampai warnanya menjadi 'golden brown'.

BAKED CRUNCH OMELET

BAHAN

½ (1 pound) loaf white bread, cut into cubes
1 ½ pounds Cheddar cheese, shredded
1 cup cubed cooked ham chicken/beef
8 eggs

2 cups fresh milk
1 pinch salt
1 dash hot pepper sauce, or to taste
¼ cup chopped green onion


CARA MEMBUAT

1. Preheat oven to 350 degrees F (175
degrees C). Lightly grease a 9x13
inch baking pan.

2. Place half of the bread cubes on
bottom of baking pan. Sprinkle with
half of the ham and then half of the
cheese; repeat.

3. In a large bowl, beat together eggs,
milk, salt, hot sauce and green
onions. Pour egg mixture into pan.

4. Place pan on top of a baking sheet
with a rim and place in oven. Pour
water into baking sheet and bake for
60 minutes, or until eggs have set.

TAMBAHAN

PREP TIME: 15 Min
COOK TIME: 1 Hr
READY IN : 1 Hr 15 Min

BAKED MACARONI WITH CHEESE

BAHAN

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung

175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam


CARA MEMBUAT

Untuk membuat "bechamel sauce" :

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

LAKSA JOHOR

Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)


600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)


CARA MAMBUAT
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

AYAM BADAM

BAHAN

1 ekor ayam
1 tin tomato puri
½ biji kelapa (ambil santannya)
20 gm serbuk jintan putih
20 gm serbuk jintan manis
10 gm serbuk kaskas
½ tin susu cair
Garam & gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
30 gm kerisik
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 ulas bawang merah (dimayang halus)
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
10 gm cili kering
10 gm cili padi
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
70 gm badam


Bahan Untuk Sos Ayam Badam:
2 biji tomato
1 labu bawang besar
10 gm belacan
3 sudu besar pati tomato
¼ tin susu cair
2 sudu besar kerisik
Garam & gula secukup rasa
3 sudu besar sos cili
2 tangkai cili merah (dihiris)



CARA MEMBUAT

Ayam dipotong 4 bahagian. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Campurkan santan, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kaskas, susu cair, kerisik & pati tomato. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik baunya. Masukkan Bahan Kisar & bahan-bahan bercampur santan sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, gula & garam secukup rasa. Setelah pekat, angkat & hiaskan dengan kepingan badam.

Cara Menyediakan Sos Ayam Badam:
Tomato & bawang besar dimayang halus. Campurkan kesemua bahan di atas. Masukkan tomato & bawang. Hidangkan bersama ayam badam tadi.

ASAM PEDAS IKAN KELI BLACK PEPPER

BAHAN A

5 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir)
Bahan A
15 biji lada kering
6 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
½cm halia
1 inci kunyit
20 biji lada hitam
15 helai daun kesum
kesemua bahan A dikisar

BAHAN B

100 ml minyak
sedikit gula
400 ml air
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
perisa penyedap rasa
20 helai daun kesum

CARA MEMBUAT

panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.

ASAM IKAN TALAPIA

BAHAN A

1 ekor ikan talapia

Bahan B
1 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dihiris
2 biji lada besar - dihiris
1 biji limau nipis

CARA MEMBUAT

Panaskan kukusan,masukkan ikan ke dalam loyang,taburkan bahan-bahan B, taburkan juga sedikit garam dan bahan perasa,kukuskan sehingga masak.Perahkan asam limau sebelum makan.

ACAR DAGING CINCANG BERSOS

BAHAN

600 gm daging cincang
2 sudu serbuk kunyit
3 sudu jintan manis biji
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula melaka yang dihancurkan


1 cawan tairu
1 ½ sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
3 cm halia muda
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
½ cawan minyak
2 cawan air
Garam secukup rasa


CARA MEMBUAT
Daging dipotong kecil, diperap dengan jintan biji dan serbuk kunyit. Tuang minyak masak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus bersama hirisan bawang besar. Bila bahan tumisan menjadi kuning. tuangkan daging dan biarkan sehingga airnya kering. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka. Gaul hingga rata, tuangkan 2 cawan air dan masukkan garam secukup rasa. Bila air menjadi keringdan dagingnya empuk tuangkan tairu serta lada putih yang ditumbuk halus dan gaul sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.

Monday, January 17, 2011


KEK COKLAT KUKUS





Ingredients :

-1 Cup cocoa powder (1 Cup coklat bubuk)
-1 Cup granulated sugar (1 cup gula pasir)
-1 Cup oil (liquid margarine)(1 cup minyak (margarine cair))
-1 Cup of liquid milk (1 cup susu cair)
-1 / 2 cup sweetened condensed milk (1/2 cup susu kental manis)
-1 1 / 4 cup flour (1 1/4 cup tepung terigu)
-1 Teaspoon baking powder (1 sdt baking powder)
-1 Teaspoon baking soda (1 sdt baking soda)
-3 Eggs, beaten off (3 btr telur, kocok lepas )

How to Make :

-Mix cocoa powder, sugar, milk and oil (Campur coklat bubuk, gula pasir, susu dan minyak).
-Heat over a flame, just until sugar dissolves (Panaskan di atas api, cukup sampai gula larut).
-Remove, let cool (Angkat, dinginkan).
-Meanwhile, mix flour, baking powder and bicarbonate soda, then sifted (Sementara itu campur tepung, baking powder dan soda bicarbonate, kemudian ayak).
-Pour sweetened condensed milk into the chocolate mixture and stir well (Tuang susu kental manis kedalam campuran coklat, aduk rata).
-Also enter the egg into it and stir well (Masukkan pula telur kedalamnya, aduk rata).
-Enter the entire mixture into the flour, stirring until well blended perlahan2 (Masukkan seluruh campuran kedalam tepung, aduk perlahan2 hingga tercampur rata).
-Enter into a mold and then steamed until cooked more or less for 1 hour (Masukkan kedalam cetakan kemudian kukus hingga matang kurang lebih 1 jam).

Note:
-1 / 2 this recipe produces a small loaf pan (1/2 resep ini menghasilkan 1 loyang loaf kecil).
-Do not forget, before the dough is steamed, make sure the water in the steamer is boiling! (Jangan lupa, sebelum adonan dikukus, pastikan air dalam kukusan sudah benar2 mendidih!)
-This dough expands 2X, so do not full fill the mold (This dough expands 2X, so do not full fill the mold ya)
-For the last presentation, I think this cake awful if given a chocolate ganache filling (Untuk penyajian terakhir, kayaknya kue ini enak banget kalau dikasih filling ganache coklat